Penemuan Alkitab

Pelajaran 10

Menjangkau yang sesat (bahagian 2)

Matius 9:35-10:16

Langkah 1: Baca cerita

Baca atau dengar petikan berikutnya

x1.0

Belas kasihan Yesus terhadap orang
35 Demikianlah Yesus berjalan, dari bandar ke bandar, dari pekan ke pekan. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan Injil tentang kerajaan Allah, serta menyembuhkan semua penyakit dan kesakitan. 36 Apabila Yesus melihat orang yang ramai itu, Dia berbelas kasih terhadap mereka kerana mereka bimbang dan tidak berdaya, ibarat sekawan domba tanpa gembala. 37 Kata Yesus kepada murid-murid-Nya, “Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir. 38 Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Tuan yang empunya tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk menuai.”

Yesus mengutus dua belas orang murid
1 Yesus memanggil dua belas orang murid-Nya lalu memberi mereka kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan.

2 Nama dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; 3 Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadeus; 4 Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia.

5 Yesus mengutus dua belas orang murid itu dengan petunjuk demikian: “Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. 6 Pergilah kepada domba-domba hilang antara keturunan kaum Israel. 7 Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat. 8 Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yang mati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukan roh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian. 9 Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga dalam tali pinggangmu. 10 Jangan bawa beg, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu, kerana seorang pekerja layak menerima makanannya.

11 Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu. 12 Ketika kamu masuk ke rumah itu, berilah salam. 13 Jika penghuni di rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu merestui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu. 14 Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu. 15 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu.”

16 “Dengarlah, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Hendaklah kamu bijak seperti ular dan tulus seperti merpati.

Langkah 2: Cerita Semula

Ambillah masa untuk menceritakan semula dengan kata-kata sendiri. Cakaplah dengan suara kuat yang boleh didengar, atau tuliskannya. Jika anda terlupa atau tidak dapat mengingat cerita itu, baca atau dengar semula.

Langkah 3: Temukan Cerita

Jika anda pernah mendengar cerita ini, ambil masa sebentar untuk merenungkan atau membincangkan soalan-soalan berikut:


Get it on Google Play
Download on the App Store

Get Discovery Bible Studies on your phone

Discover copyright ©2015-2026 discoverapp.org

Malay Scripture verses Alkitab Versi Borneo ©2015 Borneo Sabda Limited. Used with permission. All rights reserved.